Klik gambar2 di bawah untuk melihat komen2 dari kakak kandung nya dan juga kawan2 kristian yang menyokong nya.
Tuesday, August 31, 2010
Masitah Zaini
Klik gambar2 di bawah untuk melihat komen2 dari kakak kandung nya dan juga kawan2 kristian yang menyokong nya.
Monday, August 30, 2010
Bayi Dalam Beg Kertas
SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam.
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai kain sebelum diletakkan dalam sebuah beg kertas.
Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar tangisan bayi sebelum menemui bayi berkenaan dalam sebuah beg kertas yang digantung pada satu papan tanda berhampiran pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 5.30 petang.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata bayi dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia itu masih bertali pusat dan uri belum tanggal ketika ditemui.
Katanya, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada seorang lelaki bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Kami percaya bayi ini baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam lalu,” katanya di sini, semalam.
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Saya masih lagi kebingungan bila memikirkan apa perasaan mereka2 yang buang anak ini...
Siang Puasa, Malam Mabuk
Semua mereka ditahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan.
Bagaimanapun, kehadiran pihak berkuasa di kedua-dua pusat hiburan terbabit berjaya dikesan pengunjung beragama Islam menyebabkan mereka bolos dengan melarikan diri mengikut pintu rahsia. Serbuan kira-kira jam 1 pagi itu yang disertai Bahagian Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menahan enam lelaki kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Lima remaja bawah umur turut ditahan.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan yang menyertai operasi itu berkata, ini bukan kali pertama operasi dijalankan namun masih ada pengusaha kelab hiburan yang tidak mematuhi undang-undang.
“Kita mendapati kedua-dua pusat hiburan ini membenarkan remaja bawah umur masuk untuk berhibur sedangkan mereka masih bersekolah. Remaja terbabit akan diambil keterangan manakala pusat hiburan itu akan didenda RM5,000 kerana melanggar syarat pusat hiburan.
“Manakala enam lelaki yang positif mengambil dadah akan ditahan oleh pihak AADK mengikut Seksyen 3 (1), Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 jika sabit kesalahan boleh di tahan di pusat pemulihan selama dua tahun,” katanya semalam.
* Gambar sekadar hiasan *
Hrmmmm apala nak jadi dengan orang meLAYU sekarang...
Sunday, August 8, 2010
Tetapkan Hati
Satu lagi yang saya rasa tidak sesuai dengan imej orang yang bertudung, bila bertudung tapi pakai t-shirt lengan pendek dan berseluar ketat, kadang2 t-shirt yang dipakai tu senteng lagi sampai bila angkat tangan boleh nampak pusat, memang tak kena langsung. Tapi rata2 ke mana saja kita pergi sekarang memang boleh nampak orang2 yang begini, yang merosakkan imej orang bertudung.
Maaf, saya bukan nak condemn cara orang bertudung, lebih2 lagi saya yang tidak bertudung ini tapi kalau sudah terniat untuk bertudung seharusnya lah kita ikut adab2 yang sepatut nya untuk menutup aurat. Jangan bertudung tapi lebih kurang sama dengan mereka2 (macam saya) yang tidak bertudung...
Baru2 ni saya dapat email dari seorang kawan. Lebih kurang macam kes di atas lah, berbaju kurung tapi merosakkan imej orang yang berbaju kurung... Hrrmmmm
Saturday, August 7, 2010
Dunia Ini Bulat
Today, I saw a picture of her future daughter in law with a nose piercing... Haha... Dunia ini bulat... Not square... Not triangle... Tapi bulat...
Friday, August 6, 2010
Perfumoholic
Thursday, August 5, 2010
Steamer
InsyaAllah, hujung minggu ni rasa macam nak steam ikan ;) Kalau minggu depan saya posting gambar ikan kukus makna nya saya guna lah benda ini, kalau takde... Hrrmmmm... Mintak2 ada lah kan ;)