Pages

Sunday, October 31, 2010

Vote Vote Vote

Kepada sesiapa yang ada facebook, i need ur favour to vote my cucu sedara Nur Qaseh Qistina.

All you have to do is "like" the funtora fan page then "like" Nur Qaseh Qistina's photo. Follow step 1 & 2 below.

1. Click this link http://www.facebook.com/funtora then click "Like"
2. Click this link http://www.facebook.com/photo.php?fbid=446533491675&set=a.445149361675.238387.288045316675 then click "Like"

Really appreciate your vote. Tq ♥


Isn't she cute..?

Saturday, October 30, 2010

Patung Kertas

Sajer saya google gambar ni untuk tunjuk kan gambar anak patung kertas. Mana tau ada anak2 sekarang yang tak tahu dan saya yakin memang ada yang tak tahu pun. Kalau kamu nak tahu ini lah anak patung kertas yang mak2 kamu main dulu tapi kami dulu kreatif boleh buat baju kertas sendiri, ukur kat badan patung tu dan lukis design baju sendiri lepas tu di warna kan. Hrmmm kreatif kan..?

Friday, October 29, 2010

Cucu Barbie Doll

Surfing2 internet terjumpa gambar ni. 'Barbie Grand Daughter'. Ha amik ko patung barbie pun dah ada cucu... Hehehe macam2 kan. Untung betul budak2 sekarang, masa saya dulu main anak patung kertas jerr. Beli kat kedai runcit sekeping 20 sen. Sekeping kertas keras yang lebih kurang bersaiz A4 yang dilukis satu gambar patung lelaki atau perempuan dan beberapa pasang baju. Concept yang sama juga macam anak patung barbie ni boleh tukar2 baju, ada beg tangan, ada kasut, ada crown, tinggal lagi yang dulu punya kertas dan yang sekarang ni anak patung. Saya tengok gambar ni pun geram... Isn't she cute ?

 
 
 
 
 
 
 

Thursday, October 28, 2010

Rambut Oh Rambut

Adoiii menyesal betul saya gunting rambut. Rasa macam tak cantik huhu. Sebenar nya saya cuma menemani kawan saya ke saloon rambut tapi bila sampai sana saya pulak yang terasa nak gunting rambut. Haishhh. Rambut saya panjang sampai dada dan memang rosak teruk lepas buat rebonding tempoh hari, jadi bila sampai kat saloon rambut terus terasa nak gunting. Sekali ambik kau pendek terus macam tomboy. Huhu tak suka tak suka. Rambut cepat la kau panjang !!

Balik rumah terus searching internet untuk petua rambut cepat panjang. Dan ini yg saya jumpa. Lets share.

1. Jika rambut anda rosak atau hujungnya bercabang, segera rapikan bahagian yang bercabang tersebut. Memang anda harus memotongnya, namun ini merupakan langkah awal. (So tindakan saya memotong rambut tu betul la kan hehe cakap nak sedap kan hati ni).

2. Jangan membasuh rambut setiap hari. Shampoo boleh mengurangkan minyak yang dihasilkan oleh rambut, kerana ianya berguna untuk menutrisi rambut. Kurangi kebiasaan ini menjadi beberapa kali seminggu atau tiga hari sekali. Jika rambut anda cepat kotor sehingga harus dicuci setiap hari, gunakan sedikit kondisioner setiap beberapa hari sekali. Kecuali anda yang selalu bekerja di luar pejabat, rambut anda tidak akan cepat kotor sehingga harus dicuci setiap hari. Sedikit conditioner cukup untuk mengusir kotoran dan melembutkan rambut. (Huhh yang ni macam payah saya nak buat).

3. Minimalkan penggunaan pengering rambut atau accessory lain yang akan mengeringkan rambut anda kerana saat rambut mulai panjang, anda memang cenderung untuk mengikatnya dan jika anda mengikat di tempat yang sama ianya akan menyebabkan rambut putus akibat kering kerana selalu menggunakan pengering rambut.

4. Gunakan produk-produk penataan rambut sesedikit mungkin. Misalnya gel, volumizer, serum, hairspray dan sebagainya. Penggunaan produk yang terlalu sering membuat rambut menggumpal dan mudah kotor sehingga anda terpaksa mencuci rambut.

5. Pakai topi. Paparan sinar matahari akan merosak dan mengeringkan rambut. Jaga agar rambut menjadi sesihat mungkin sehingga mudah untuk tumbuh lagi.

6. Gunakan sikat rambut untuk memijat kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 mienit. Setelah itu sisir rambut anda perlahan dari pangkal rambut hingga ke hujung. Cara ini akan mendistribusikan minyak di kepala dari pangkal rambut hingga ke hujung rambut.

7. Dan perlu juga diingat stress dapat melambat pertumbuhan rambut, jadi elakkan dari rasa stres atau pertumbuhan rambut terganggu.

8. Rahsia pertumbuhan rambut lainnya adalah tidur dan istirehat yang cukup. Untuk pertumbuhan yang cepat, rambut memerlukan tidur selama 7-9 jam.

Jadi tidak sulit kan untuk mendapatkan rambut tumbuh lebih cepat dan sehat?

Selamat mencuba.

Wednesday, October 27, 2010

Desperate Housewife

Assalamualaikum.

Hrmmm lama gila saya tak update blog. Bila buka blog saya rasa macam dah berabuk... Heheh. Sekarang rasa nya saya ada masa untuk berblog lagi sebab saya dah berhenti kerja. Yesss berhenti kerja !! Almost 3 months dah saya housewife tapi bukan desperate housewive yer... Hehe.

Mula2 nak ambil keputusan berenti kerje tu memang la rasa sayang. Ye la kira ini saya punya 1st job dan bertahan sampai 20 tahun. Dah boleh dapat anugerah pekerja cemerlang dah, tapi saya nekad juga nak berenti lepas ambil kira macam2 benda. Saya percaya setiap yang berlaku itu mesti bersebab, dan sekarang banyak masa untuk tumpukan perhatian pada rumahtangga, suami dan anak2.

Bangun pagi tak stress macam dulu lagi, cuma sekarang kena la berjimat-cermat sebab cuma suami jer yang jadi mata pencarian. Insyaallah semuga semua nya berjalan lancar. Ameen.

Ahhh apa pun saya memang sedang enjoy my life as a home minister... Hehe

Ok jumpa lagi !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...