Pages

Saturday, November 6, 2010

Very The Malas

Hari ni saya memang very very very very very  theeee malasssss. Malas masak malas berkemas malas mandi malas nak berFB malas segala2 nya lah. Kerja saya hari ni tidur sepanjang hari. Dah malam tadi nak mandi baru perasan rupa2 nya 'Mak Merah' datang... Patut la pun. Hishhhh

Friday, November 5, 2010

We & The Cheese Naan

Last week keluar mengeteh with my BFF kat Steven Corner. At first ingat nak ke Anjung Tinjau tapi sebab Furz lambat sampai dari Penang so we all decide ke Steven Corner, sebab sebelum tu Furz bukak cerita kat FB teringin nak makan cheese naan kat situ so everybody pun like craving for cheese naan.

Sampai kat situ around 11pm, nasib baik ada tempat lagi but as usual la kat situ memang ramai budak2 pengkid ni. Memang ramai ok, semua budak2 muda2. Bila tengok budak2 ni mula la saya teringat anak2 kat rumah... Mula la terbayang2 kalau la anak aku ni... hishhh Nauzubillah...

Ok la, so we all terus order cheese naan, tandori & lamb. Bila rasa cheese naan dia ada rasa sedikit hampa sebab dah tak sedap macam dulu lagi tapi dah order bedal jer la kan.

Borak2 gossip2 tak sedar dah dekat pukul 1 pagi. Baru la masing2 teringat rumah... Hehe

Really had fun chit chat with you all girls.

Ohh lupa... Happy Deepavali all :)

The cheese nan yang dah tak berapa sedap :(

Tapi bila tengok cheese bertali2 camni memang tak boleh tahan =)

Ayam tandori

Lamb with mint sauce. Untuk penggemar kambing this is highly recommended. Sedappp

Me & Eda. Tengok my mata tu ketumbit... Hehe

Furz & Yati

Wednesday, November 3, 2010

Punca Wanita Cepat Tua

'awak nampak tua' 'awak dah gemuk' 'awak tak secantik dulu'

Ini antara kata-kata yang selalu diberi oleh segelintir suami kepada isteri sebagai tiket untuk cari perempuan lain atau berpoligami. Tapi si suami tak sedar, isteri mereka nampak tua dan gemuk disebabkan sikap ignorant mereka jugak…

Tahukah anda;

1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk. Tapi kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan 'awak ni kuat makan betullah!'

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.

Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri anda takde, dan anda perlu memikul tanggungjawab isteri, nescaya hidup anda akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab anda & pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan...

Tuesday, November 2, 2010

Teochew Porridge

Huhh serius hari ni tak tahu nak masak apa. Bosan dah tiap2 hari lauk sambal. Sambal ikan, sambal ayam, sambal daging, sambal telor, sambal ikan bilis... Hishhhh segala macam sambal laa, sebab kat rumah saya lauk sambal ni yang selalu laku.

Tapi hari ni macam bosan ngan sambal so saya decide nak masak porridge... Teochew porridge... Bubur nasi berlauk.

Hrrmmmm saya masak bubur kosong, rebus telor masin, goreng sayur kangkung, goreng ikan bilis campur bawang & cili api. Bubur ni sedap makan dengan sambal lada... Cili merah + cili api + bawang besar + udang kering ditumbuk, tidak perlu terlalu hancur sangat. Itu saja... Senang, mudah, sedap.

Tadaaaa... Dah siap...

Nampak sedap rasa lagi sedap... Hehehe... Jemput makan semua...

Monday, November 1, 2010

Kari Ayam Kegemaran Semua

Hari ni tak tahu nak masak apa. Buka peti ais tengok ada ayam, santan, hrmmmm cantik lah boleh masak kari ayam. Malas nak pening2 kepala lagu fikir apa nak masak.

Menyediakan bahan2 untuk memasak.

Bawang putih, bawang besar, halia, rempah tumis 4 bradik & daun kari.

Rempah kari ayam/daging yang dibancuh dengan air.

Santan. Saya suka guna santan kotak sebab tak mudah basi.

Saya biasa nya suka tumis darat, makna nya tumis bahan2 semua tadi lepas tu baru masukkan dalam periuk. Ok mula2 panaskan minyak masak, tumis bawang putih & bawang besar hingga kekuningan, kemudian masukkan halia & kacau, pasti kan jangan sampai hangit. Masukkan rempah tumis 4 bradik dan daun kari.

Dah garing masukkan rempah kari ayam/daging dan tumis hingga wangi.

Agak2 dah garing macam ini, dah terbit minyak tutup api.

Masukkan ayam & santan dalam periuk.

Kemudian masukkan rempah yang sudah ditumis tadi ke dalam periuk, tambah sedikit air, garam, perasa & asam keping. Kalau suka boleh masukkan kentang. Kacau & tutup periuk & biarkan mendidih. Bila ayam dah empuk boleh la tutup api.

Tadaa... Dah siap pun kari ayam saya.

Kalau lauk kari saya mesti nak ada sambal belacan baru lah kick, pastu ulam dengan kobis bunga yang sudah dicelur. Perghhhhh sodapppp

Sunday, October 31, 2010

Vote Vote Vote

Kepada sesiapa yang ada facebook, i need ur favour to vote my cucu sedara Nur Qaseh Qistina.

All you have to do is "like" the funtora fan page then "like" Nur Qaseh Qistina's photo. Follow step 1 & 2 below.

1. Click this link http://www.facebook.com/funtora then click "Like"
2. Click this link http://www.facebook.com/photo.php?fbid=446533491675&set=a.445149361675.238387.288045316675 then click "Like"

Really appreciate your vote. Tq ♥


Isn't she cute..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...