Hari ni tak tahu nak masak apa. Buka peti ais tengok ada ayam, santan, hrmmmm cantik lah boleh masak kari ayam. Malas nak pening2 kepala lagu fikir apa nak masak.
|
Menyediakan bahan2 untuk memasak. |
|
Bawang putih, bawang besar, halia, rempah tumis 4 bradik & daun kari. |
|
Rempah kari ayam/daging yang dibancuh dengan air. |
|
Santan. Saya suka guna santan kotak sebab tak mudah basi. |
|
Saya biasa nya suka tumis darat, makna nya tumis bahan2 semua tadi lepas tu baru masukkan dalam periuk. Ok mula2 panaskan minyak masak, tumis bawang putih & bawang besar hingga kekuningan, kemudian masukkan halia & kacau, pasti kan jangan sampai hangit. Masukkan rempah tumis 4 bradik dan daun kari. |
|
Dah garing masukkan rempah kari ayam/daging dan tumis hingga wangi. |
|
Agak2 dah garing macam ini, dah terbit minyak tutup api. |
|
Masukkan ayam & santan dalam periuk. |
|
Kemudian masukkan rempah yang sudah ditumis tadi ke dalam periuk, tambah sedikit air, garam, perasa & asam keping. Kalau suka boleh masukkan kentang. Kacau & tutup periuk & biarkan mendidih. Bila ayam dah empuk boleh la tutup api. |
|
Tadaa... Dah siap pun kari ayam saya. |
|
Kalau lauk kari saya mesti nak ada sambal belacan baru lah kick, pastu ulam dengan kobis bunga yang sudah dicelur. Perghhhhh sodapppp |
No comments:
Post a Comment