Bahan:
4 biji telur masin
1 kotak kecil santan
Sedikit cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
1 batang serai
1 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
Sedikit Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara:
Masukkan santan ke dalam periuk bersama2 dengan cili api yang telah di blender, serai yang dititik, daun kunyit, asam gelugur dan serbuk kunyit. Tambahkan sedikit air.
Masak di atas api yang kecil dan biarkan mendidih perlahan-lahan serta kacau sekali-sekala. Apabila mendidih pecahkan telur masin ke dalam periuk. Bubuh garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih sekejap sahaja dan boleh lah dihidangkan.