Pages

Thursday, October 28, 2010

Rambut Oh Rambut

Adoiii menyesal betul saya gunting rambut. Rasa macam tak cantik huhu. Sebenar nya saya cuma menemani kawan saya ke saloon rambut tapi bila sampai sana saya pulak yang terasa nak gunting rambut. Haishhh. Rambut saya panjang sampai dada dan memang rosak teruk lepas buat rebonding tempoh hari, jadi bila sampai kat saloon rambut terus terasa nak gunting. Sekali ambik kau pendek terus macam tomboy. Huhu tak suka tak suka. Rambut cepat la kau panjang !!

Balik rumah terus searching internet untuk petua rambut cepat panjang. Dan ini yg saya jumpa. Lets share.

1. Jika rambut anda rosak atau hujungnya bercabang, segera rapikan bahagian yang bercabang tersebut. Memang anda harus memotongnya, namun ini merupakan langkah awal. (So tindakan saya memotong rambut tu betul la kan hehe cakap nak sedap kan hati ni).

2. Jangan membasuh rambut setiap hari. Shampoo boleh mengurangkan minyak yang dihasilkan oleh rambut, kerana ianya berguna untuk menutrisi rambut. Kurangi kebiasaan ini menjadi beberapa kali seminggu atau tiga hari sekali. Jika rambut anda cepat kotor sehingga harus dicuci setiap hari, gunakan sedikit kondisioner setiap beberapa hari sekali. Kecuali anda yang selalu bekerja di luar pejabat, rambut anda tidak akan cepat kotor sehingga harus dicuci setiap hari. Sedikit conditioner cukup untuk mengusir kotoran dan melembutkan rambut. (Huhh yang ni macam payah saya nak buat).

3. Minimalkan penggunaan pengering rambut atau accessory lain yang akan mengeringkan rambut anda kerana saat rambut mulai panjang, anda memang cenderung untuk mengikatnya dan jika anda mengikat di tempat yang sama ianya akan menyebabkan rambut putus akibat kering kerana selalu menggunakan pengering rambut.

4. Gunakan produk-produk penataan rambut sesedikit mungkin. Misalnya gel, volumizer, serum, hairspray dan sebagainya. Penggunaan produk yang terlalu sering membuat rambut menggumpal dan mudah kotor sehingga anda terpaksa mencuci rambut.

5. Pakai topi. Paparan sinar matahari akan merosak dan mengeringkan rambut. Jaga agar rambut menjadi sesihat mungkin sehingga mudah untuk tumbuh lagi.

6. Gunakan sikat rambut untuk memijat kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 mienit. Setelah itu sisir rambut anda perlahan dari pangkal rambut hingga ke hujung. Cara ini akan mendistribusikan minyak di kepala dari pangkal rambut hingga ke hujung rambut.

7. Dan perlu juga diingat stress dapat melambat pertumbuhan rambut, jadi elakkan dari rasa stres atau pertumbuhan rambut terganggu.

8. Rahsia pertumbuhan rambut lainnya adalah tidur dan istirehat yang cukup. Untuk pertumbuhan yang cepat, rambut memerlukan tidur selama 7-9 jam.

Jadi tidak sulit kan untuk mendapatkan rambut tumbuh lebih cepat dan sehat?

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...